tik tik . bunyi air yang mengalir dari bumbung rumah Nurin . Setiap kali bunyi air mengalir jatuh satu persatu. setiap kali itu juga air mata Nurin menitis . Kehidupannya di penuhi kegelapan. Dulu, dia kehilangan ibunya Sekarang dia kehilangan adiknya.Adiknya yang begitu manja dengannya dulu . Adiknya yang sering menjadi pengubat luka di hatinya . Kini meninggalkannya untuk selamanya . Dimana tempat pengubat lukanya sekarang. dimana? dimana? Soalan yang sentiasa berada di fikirannya . Adiknya Mira berumur 5 tahun yang tidak mengenal erti kehidupan yang tidak mengenal erti dunia dan tidak pernah mendapat kasih sayang ibu kandungnya.Apakah dugaan ini Ya Allah . Kuatkanlah imanku kuatkanlah semangatku untuk menempuh dugaan yang bakal tiba.Amin
"saya tidak setuju!"Nurin meninggikan suaranya di depan ayahnya.
Baru 2 bulan kematian adiknya . Namun dugaan tiba lagi . Bertubi tubi melanggar tubuh Nurin yang lemah.
Ayahnya mahu berkahwin lagi . Sejak dulu lagi ayahnya mahu berkahwin tetapi disebabkan Mira tidak mahu, ayahnya Encik Razif tidak berkahwin . Apabila Mira sudah pergi dia tahu tiada siapa bakal melarangnya.
"Ayah,adik baru meninggal . Ayah sudah bertanyakan hal ini . Ohh tolong ayah jangan seksa saya dah!" jantung Nurin berdegup kencang di dalam hatinya dia tidak berhenti memohon maaf daripada tuhan disebabkan dia cuba melawan cakap ayahnya. Dia sudah tidak tahan . Dia sudah penat , terlalu penat!
"Alah.adik kamu kan sudah pergi . Apa salahnya" Ayahnya cuba menengking balik.
"Apa salahnya?Ayah tahu ayah dah buat banyak kesalahan ayah selalu memikir kepentingan ayah . Ayah fikir tentang kekasih ayah. Kami? macam tunggul kayu di rumah ini. Ayah pulang ke rumah 12 malam. Ayah pergi kerja 6 pagi . Ayah makan bersama kami seminggu sekali! itu betul ?" Merah padam muka Nurin dia cuba membela adik adiknya yang lain . Amir dan Akmal hanya berdiam diri . Amir juga terkesan kerana kehilangan kakak kembarnya Amira yang tua 2 minit daripada dia.
"Ayah buat ni untuk kamu semua"Ayahnya cuba membela diri
"Kami memang memerlukan duit tetapi itu nombor 3 dalam hidup kami perlukan yang pertama iaitu KASIH SAYANG"
Ayahnya diam lalu meninggalkan mereka semua.Amir dan Akmal terus memeluk kakaknya
bersambung