Pages

Friday, February 24, 2012

AKU PENAT 3

 "kenapa ayah bagi dia masuk rumah kita?" Nurin memandang sedalam dalam mata ayahnya.

 "dia kan ibu baru kamu semua.Apa masalahnya dan panggil dia mama."Encik Zarif memandang kembali mata Nurin .

 "Dia tak akan jadi ibu kami !"Nurin berbisik perlahan tetapi masih boleh didengari.

 "Dia akan jadi . Apa apa pun yang terjadi ayah tetap akan mengahwini dia."Encik Zarif terus keluar rumah untuk ke pejabat.Belum sempat dia menutup pintu kereta...
 "NEVER!"bergegar pintu rumah mereka dengan suara Nurin.Encik Zarif memanggil Amir dan Akmal agar mencium tangannya seperti dulu tetapi Amir dan Akmal memandang wajah ayahnya dengan marah. Mereka terus berpusing mendapatkan kakak mereka.

 Nurin termenung sendirian ke luar tingkap . Dia terus mengambil gambar keluarganya di tepi tingkap lalu mencium setiap ahli keluarganya . Apabila sampai giliran wajah ayahnya dia memandang sayu . Dia mahu cium tetapi tidak sempat bibirnya sampai ke muka ayahnya . Telefon berdering.

 I love my family. Kecil sahaja suara ringtone itu . Itu adalah nyanyian adiknya Mira semasa memasuki pertandingan menyanyi . Dia menyanyi lagu itu dengan pelat tetapi penuh dengan makna tersirat.Nurin terus menekan butang .

 "Hello ...... AKAK!" Nurin menjerit . rupa rupanya itu adalah panggilan akaknya dari Australia. Akak dia bernama Nur Suhada . Kak Suhada merupakan pelajar di sebuah universiti di Australia . Tanpa disangka dia jatuh cinta  kepada seorang mat saleh bernama Paul Richard . Kak Suhada mendapat keizinan untuk berkahwin. Mereka berkahwin dan nama Islam Paul ialah Noah . Mereka mendapat seorang cahaya mata
Mohd Adam bin Noah . Berusia 1 tahun.

 "Akak nak balik sini , bila ? Hari Isnin minggu depan ,nanti saya bagitahu ayah dan adik adik ."Nurin begitu gembira lalu mendapatkan adik adiknya . Mereka melompat kegembiraan . Sekarang mereka perlu tunggu ayah pulang dari rumah.Tapi sekarang sudah pukul 1 pagi namun kelibat ayahnya belum kelihatan Amir dan Akmal sudah tertidur di atas peha kakaknya.

 "Mana ayah?"Nurin mengeluh.

                                                                                               bersambung