Pages

Thursday, February 23, 2012

AKU PENAT 2

 "Mira!" Nurin terjaga dari tidurnya yang lena . Air hujan di luar rumah masih tidak berhenti . Mira menunduk dan mencuba melupakan kenangan yang lalu. Tapi apakan daya . Akhirnya air matanya berderai juga.

 tap tap . Kedengaran bunyi tapak kaki Nurin turun dari tangga menuju ke meja makan untuk bersarapan  . Nurin tidak bersekolah kerana cuti hujung minggu. Dalam perjalanan air mata Nurin bertakung sambil memikirkan nasibnya.Sampai di meja makan. Nurin mengangkat mukanya lalu...

 "Siapa kamu?" Nurin terkejut kerana ada seorang perempuan sedang menghidangkan makanan . Perempuan itu bukan pembantu rumah mereka.

 "Saya bakal ibu baru kamu".Perempuan itu tersenyum sambil menuang air oren ke dalam gelas lalu meletakkannya di depan Amir dan Akmal yang sudah duduk di meja itu.

 "Saya sudah tidak ada ibu." Nurin menggeleng gelengkan kepalanya . Dari luar macam biasa tetapi hati Nurin sudah berkecai . "sampai hati ayah buat saya macam ini."hati Nurin berkata kata .

 Perempuan itu datang ke arah Nurin lalu memberitahu dia bakal menggantikan ibu lamanya . Nurin menggeleng geleng kembali . Perempuan itu mengenalkan dirinya iaitu Puan Aliah tetapi dia menyuruh Nurin dan adik adiknya memanggil mama.

 "saya tak akan pernah memanggil kamu mama!" Nurin terus lari meninggalkan mereka. Amir dan Akmal memandang ke arah Puan Aliah tanpa berfikir panjang mereka terus bangun dan lari ke arah bilik kakaknya.Mereka menjerit jerit di luar bilik kakaknya . Nurin membuka pintu biliknya lalu berlutut . Muka Nurin merah dan air mata terus mengalir tanpa henti . Amir dan Akmal menitiskan air mata juga . Mereka bertiga berpelukan.Nurin berbisik ke telinga adik adiknya.

 "Maafkan kakak."

                                                                                bersambung